"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada saudari Nabila Huda dalam menghadapi ujian ini. Bantulah beliau dan permudahkanlah urusannya. Kami mohon padaMu ya Allah, semoga beliau cepat sembuh... Ameen"
Kepada semua ahli IGK yang dihormati sekelian.
Merujuk kepada post 18 Nov 09 tentang Penyakit Leukemia saudari Nabila Huda, maka IGK di sini ingin memaklumkan bahawa pada 14 Januari ini beliau akan menjalani pembedahan transplant.
Sebagai menunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang kita kepada sahabat ini, maka IGK menyeru kepada saudara-saudari sekelian untuk menyampaikan ucapan kepada Nabila Huda.
Dibawah kelolaan saudari Didil~ ucapan2 tersebut akan dikumpul dan kemudiannya akan diprintkan dalam bentuk kad ucapan. Kad ini kemudiannya akan diserahkan kepada saudari Nabila Huda sendiri.
Buat masa sekarang doktor tidak menggalakkan lawatan yg kerap kerana khuatir akan risiko jangkitan.
Sila hantarkan ucapan anda kepada kami: dyl.hashim@gmail.com, suicidebomba@gmail.com selewat2nya pada 8 Januari ini. Sebarang penambahan ucapan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Segala kerjasama dan sokongan anda di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
2 pendapat geng:
jazakallahal khair buat didil and asra ats usaha kalian..semoga Allah merahmati..
Assalamualaikum..
Takziah buat saudari Nabila Huda..ini batch kisas ke berapa ya?..Ana batch gen50...smg nabila tabah mnghadapi ujian ini..InsyaAllah mudah-mudahan dipertemukan dengan penawarnya..dulu adik ana pun mnghidap sakit ni..tabahkan dri dan kuatkan smgat..iAllah kalau pyskologi kuat, dapat btahan...
Post a Comment