Sunday, February 21, 2010

Andai Mereka Bertahan...

Assalamualaikum.

Kisah indah perkahwinan itu sering kita dengar, tetapi saat pasangan sedang getir diuji, jarang kita dapati ia diceritakan.

Sepasang suami isteri yang menjadi subjek penceritaan kali ini. Pasangan yang diuji dan teruji.
Pasangan yang menikmati kebebasan kewangan untuk jangka masa yang selesa, seawal usia perkahwinan, sehinggalah sang suami nekad melakukan perubahan...

Cerita ini bebas untuk diimaginasikan, lantaran masing-masing tentu memiliki definisi 'hidup susah dan sukar'. Jadi terpulang untuk ditakrifkan. Yang mahu dikongsikan hari ini cuma pendek sahaja, gambaran dua jasad yang akrab dan hampir tetapi luahan dua hati yang mula berjauhan dan merenggang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

from : xxxxx xxxx
to : yyyyy yyyy
date : Sun,Feb 21, 2005 at 4:30 AM
subject : harus...
mailed-by : gmail.com



Sampai Bila?

Harus mereka menanggung beban seorang ayah yang sepatutnya mengetuai keluarga,

Harus mereka bersedih kerana mengenang nasib diri yang tidak ketahuan,

Harus mereka melukut mengadu nasib pada mertua kerana suami bukan lagi pendengar yang mampu memberi penyelesaian,

Harus mereka memendam rasa kerana halus suaranya mentah-mentah dibentes keras,

Harus kita di awangan tanpa pernah sedar kaki tidak terjejak pada realiti tempat mereka ditinggalkan,

Harus duit gaji hasil penat lelah mereka kita makan, kita guna dan mereka diam kerana patuh tapi memendam duka,

Harus kita lengahkan usaha, tangguhkan ikhtiar, memerap tenaga yang membasi.


Sampai bila?

Sebelum mereka kejab utuh tak tergugat berdiri berkata,
tangan menggenggam berkumam mulut menyata...

"Abang sampai di sini sahaja meratah derita, abang longlai bukan sang pejuang saksama, abang bertarung dalam mimpi tergugah keseorangan menggila..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

from : yyyyy yyyy
to : xxxxx xxxx
date : Sun,Feb 21, 2005 at 4:30 AM
subject : Re: harus...
mailed-by : gmail.com


Oh seorang isteri, suamimu hamba, menghamba, diperhamba, kepada Allah, untuk Allah, oleh Allah. Aku mohon maaf aku lemah, maka aku mohon kudrat hati cekalmu, ubati pilunya derita jiwaku...

Oh seorang isteri, aku ikhlaskan seluruhnya berjuang, andai berbaki akalku aku bertingkah, andai berbaki wangku aku menyara, andai berbaki kudratku aku menggugah, andai longlai segalanya aku berserah... Saat itu engkaulah titis nyawa, pengubat hati suamimu ini yang tiada bermaya.

Oh seorang isteri,

Andai saat itu hatimu kejab utuh tak tergugat, tegapmu berdiri berkata, sedang tanganmu menggenggam dan berkumam mulutmu menyata...

Maka nyatakanlah, kau sudi menemaniku...

Oh Allah... rayuku Allah... rayuku... dengarkanlah.

3 pendapat geng:

Anonymous said...

x faham

subhan akbar said...

kisah adaptasi dari kehidupan sepasang suami isteri. berbalas emel walaupun duduk serumah. kerana pendam masalah yg amat susah nk selesaikan.

si suami berhenti kerja sebab menjalankan bisnes kecil-kecilan. mereka diuji dengan masalah kewangan. tindakan sang suami berhenti kerja bukan sahaja dikritik oleh ibu sendiri, malah isteri dan juga rakan2.

sang suami bertahan dalam kecamuk emosi yg teramat sgt, benteng ketahanan terakhir adalah Allah, dan benteng yang kedua terhampir ialah isteri beliau. Jika tidak, dia akan sendirian.

jika sesiapa pernah merasai kegagalan... maka anda akan dapati disitu terdapat suatu cerita yang tidak dapat diceritakan, yang tak mahu diungkit kembali, yang mahu disorokkan. kisah pasangan ini masih belum tamat. saya Asra Abdullah akan ceritakan perkembangan sedikit demi sedikit.

ini adaptasi kisah benar... (asra abdullah)

soora,amran said...

Oo..padanla cam tak paham, ada sambungan rupenye