Maaf sebab tiada post tentang ramadhan semasa awal bulan dulu. Kesibukan terhadap komitmen lain menjadi kekangan. Diharap post ‘last minute’ ini bermanfaat untuk geng kita. :)
Bila sebut pasal hadiah, jarang sekali orang reject. Bak kata pepatah, rezeqi jangan ditolak. Bagaimana pula kita menerima hadiah di bulan ramadhan ini?
Gambar daripada flickr |
Eh, bukan. Bukan hadiah nasi lemak yang jiran bagi untuk berbuka puasa.
Gambar daripada flickr |
Bukan juga hadiah voucher buffet berbuka puasa kat hotel.
Bukan macamtu maksud saya. -_-"
Hadiah Ramadhan yang saya maksudkan ialah fadilat dan kelebihan Ramadhan. Berikut ialah antara beberapa hadiah ramadhan (yang sempat saya kongsi disini) :
1) "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
2) "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
3) “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”.
Cuba kita berangan muhasabah sebentar. Adakah kita benar-benar grab the chance? Atau kita menolak rezeqi (hadiah ramadhan) yang Allah berikan itu? Apakah yang kita telah lakukan sepanjang 20 hari ramadhan yang lalu?
Baiklah kawan-kawan. Malam-malam itu telah berlalu. Walau bagaimanapun, Allah sentiasa menyediakan ruang yang luas untuk hamba-hambaNya mendekatkan diri kepadaNya. Bagi yang mungkin terlepas peluang-peluang itu, ingatlah bahawa Allah menyediakan kita 10 malam terakhir sebagai last chance.
“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” (Ayat 1-5, Surah Al-Qadr)
Cuba kita berangan muhasabah sekali lagi. Adakah kita benar-benar grab the chance? Atau kita mahu menolak rezeqi (Malam Al-Qadr) yang Allah berikan itu? Adakah kita masih tegar melepaskan peluang ini begitu sahaja?
Semoga anda benar-benar mengambil peluang setahun sekali ini. Marilah sama-sama kita menyambut kehadiran Malam Al-Qadr dengan amalan-amalan seperti beriktikaf di masjid, solat tarawikh, tadarus Al-Quran, memperbanyakkan solat-solat sunat (tahajud, taubat, tasbih, hajat), berzikir, berselawat kepada Nabi SAW dan banyak berdoa memohon keampunan dari Allah.
Semoga anda benar-benar mengambil peluang setahun sekali ini. Marilah sama-sama kita menyambut kehadiran Malam Al-Qadr dengan amalan-amalan seperti beriktikaf di masjid, solat tarawikh, tadarus Al-Quran, memperbanyakkan solat-solat sunat (tahajud, taubat, tasbih, hajat), berzikir, berselawat kepada Nabi SAW dan banyak berdoa memohon keampunan dari Allah.
Semoga segala usaha geng kita untuk mengaut segala hadiah ramadhan kali ini diterima Allah. Hadiah inilah yang kita akan bawa semasa kita menemui Allah nanti. Sebagai anak yang soleh dan solehah, hadiah ini juga merupakan hadiah yang kita boleh berikan kepada ibu bapa kita yang sudah terlebih dahulu menemui Allah.
Kesimpulannya, hadiah apa lagi yang lebih baik dari hadiah Allah ini?
Gambar daripada deviantart
P/s: Cat dinding rumah, lantai kena simen.
Lepas baca tazkirah, jangan lupa komen. :)
Lepas baca tazkirah, jangan lupa komen. :)
2 pendapat geng:
salam ramadhan,
thanks utk tazkirah ini,
ramadhan semakin pergi meninggalkan kita..menginsafi diri sambil menghitung byk mana hadiah yg berjaya diperolehi..lagi sayu mengenangkan hadiah yg tersedia di depan mata tp kita tak pandai mnghargainya..
salam melatidaisy,
Syukran atas kunjungan. Moga kita sama2 memperoleh manfaat Ramadhan, InsyaAllah :)
Post a Comment