Baginda bersabda maksudnya: "Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah, tidaklah bertambah di sisi Allah s.w.t bagi seseorang yang sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan akan diangkat oleh Allah s.w.t." (Riwayat Muslim)
Daripada Uqbah bin Amir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai Uqbah! Mahukah aku nyatakan padamu sebaik-baik akhlak penduduk dunia dan akhirat? Iaitu kamu memaafkan orang yang telah menganiaya dirimu. Kamu memberi atau menolong orang yang telah memutuskan pemberiannya kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang telah memutuskan perhubungan denganmu." (Riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : "Setiap anak Adam itu pasti akan melakukan kesalahan, namun sebaik-baik orang yang telah melakukan kesalahan itu adalah mereka yang bertaubat atau memohon ampun (iaitu kepada Allah s.w.t dan saudaranya yang lain)." (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
2) Menziarahi kubur (sekiranya berpeluang & bukan pada pagi syawal sahaja)
Menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ia mengingatkan seseorang kepada Hari Akhirat. Dalam sepotong hadis, Baginda menegaskan: "Aku dahulunya pernah melarang kamu semua menziarahi kubur, sekarang ziarahlah ia, lantaran ia dapat mengingatkan kamu dengan Hari Akhirat." (Riwayat Muslim)
3) Menziarahi saudara sesama Islam
Dalam hadis riwayat Jabir bin Abdullah, Baginda ( Rasulullah) akan mengambil suatu jalan semasa pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan akan mengambil jalan yang lain pula semasa pulang daripada solat tersebut. Hikmahnya ialah supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menginginkan agar murah rezeki dan dilanjutkan ajalnya, maka hubungkanlah silaturahim.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
4) Duit raya atau cenderahati dalam pelbagai bentuk (sekiranya berkemampuan)
Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Bertukar-tukarlah hadiah atau pemberian, nescaya kamu akan berkasih sayang dan menghilangkan perasaan benci." (Riwayat Baihaqi)
5) Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal
Sabda Nabi S.A.W : “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” [Riwayat Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.]
Sekian saja entri ringkas buat masa ini. Semoga bermanfaat kepada kita. Pihak blog Ini Geng Kita (IGK) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga IGK yang berada di seluruh dunia. Semoga anda berada di bawah lindungan rahmat & hidayahNya sepanjang tahun. Maaf dipinta ke atas kekurangan dan salah silap yang terdapat pada blog ini mahupun pihak pengurusan IGK.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk sokongan yang anda berikan :)
3 pendapat geng:
yang nombor 4 tu susah sikit la nak buat, hehe
Alamak nasi lemak tu nampak menggoda lah huhu
IGK@asra : susah sikit je, bukan susah byk pon. masih boleh buat lagi tu. hehe
IGK@charazion : apa lg, jomlah balik msia. hehe
Post a Comment