Thursday, March 25, 2010

Yazid & Villma




Assalamualaikum wbt.


Sudah hampir seminggu lebih lagi IGK dimaklumkan tentang perancangan kawan kita ni, tapi tak sempat nak pos, dan kalau tak ada gambar tak seronok juga kan? Jadi alang2 IGK tunggu gambar-gambar dari saudara Yazid. Kepada saudara yazid dan kawan-kawan yang lainnya, harap maaflah kerana kelewatan yang berlaku. IGK juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan atas usahasama saudara Yazid yang sangat proaktif.

Yazid kalau pada sesiapa yang tak kenal adalah orang Pulau Pinang, masa dekat KISAS dulu beliau adalah pelajar kelas 404 dan 504, juga menjadi ahli BADAR. Selepas SPM, Yazid sambung belajar di Nilam Puri,Kelantan kemudian ke Asasi UM sebelum menyambung Ijazah.

Sempat juga IGK temuramah Yazid secara live, dan pernah melawat rumahnya di Taman Guar Perahu tu, kesimpulannya dari apa yang kami bincangkan, memang IGK dapat tengok si Yazid ni ada rentak dan pendirian sendiri. Outspoken person dan untunglah dia masuk KISAS, nanti bila dah grad boleh la sumbang tenaga ye Yazid? Jadi langkah fasa yang beliau sudah alami ni, adalah langkah permulaan lah orang kata, sebelum terbentuknya famili muslim dan kemudian generasi-generasi akan datang yang bakal berkhidmat kepada agama khususnya.

Mohd Yazid bin Mohd Noor telah bersahabat dan berkenalan dengan Villma Nabiha binti Md. Affindi hampir 4 tahun. Tunang beliau merupakan pelajar Ijazah Bioteknologi di UM, dan untungnya mereka ni berkongsi pengajian, umur, batch, dan kolej. Yazid orang jati Pulau Pinang dan menetap di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bersama keluarga tercinta. Merupakan anak ketiga dalam keluarganya. Pasangannya pula merupakan orang Johor dan kini bermastautin di Putrajaya.

Majlis pertunangan telah diadakan secara sederhana di rumah beliau dan dihadiri oleh saudara mara serta beberapa sahabat dari UM (nak tolong jadi buruh kasar katanya). Majlis bermula pukul 2 petang.

Sedikit perkongsian dari Yazid dengan memetik Firman Allah dari surah An-Nur ayat 32 yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian antara kamu, dan dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mampukan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.”

IGK mendoakan supaya ikatan diberkati Allah dan semoga dimurahkan rezeki dan kelak dipersatukan sebagai suami isteri pula dalam masa terdekat. Semoga dengan pertemuan dan ikatan ini, Yazid dan Villma akan lebih tenteram hati dan lebih fokus dalam melaksanakan agenda kehidupan. Semoga kalian diberkahi Allah!

Sekian sahaja dari IGK! Jangan lupa kepada yang dekat luar sana, kalau sudah sampai seru, jangan lupa sebarkan seruannya ya.

Wassalam...

Sunday, February 21, 2010

Andai Mereka Bertahan...

Assalamualaikum.

Kisah indah perkahwinan itu sering kita dengar, tetapi saat pasangan sedang getir diuji, jarang kita dapati ia diceritakan.

Sepasang suami isteri yang menjadi subjek penceritaan kali ini. Pasangan yang diuji dan teruji.
Pasangan yang menikmati kebebasan kewangan untuk jangka masa yang selesa, seawal usia perkahwinan, sehinggalah sang suami nekad melakukan perubahan...

Cerita ini bebas untuk diimaginasikan, lantaran masing-masing tentu memiliki definisi 'hidup susah dan sukar'. Jadi terpulang untuk ditakrifkan. Yang mahu dikongsikan hari ini cuma pendek sahaja, gambaran dua jasad yang akrab dan hampir tetapi luahan dua hati yang mula berjauhan dan merenggang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

from : xxxxx xxxx
to : yyyyy yyyy
date : Sun,Feb 21, 2005 at 4:30 AM
subject : harus...
mailed-by : gmail.com



Sampai Bila?

Harus mereka menanggung beban seorang ayah yang sepatutnya mengetuai keluarga,

Harus mereka bersedih kerana mengenang nasib diri yang tidak ketahuan,

Harus mereka melukut mengadu nasib pada mertua kerana suami bukan lagi pendengar yang mampu memberi penyelesaian,

Harus mereka memendam rasa kerana halus suaranya mentah-mentah dibentes keras,

Harus kita di awangan tanpa pernah sedar kaki tidak terjejak pada realiti tempat mereka ditinggalkan,

Harus duit gaji hasil penat lelah mereka kita makan, kita guna dan mereka diam kerana patuh tapi memendam duka,

Harus kita lengahkan usaha, tangguhkan ikhtiar, memerap tenaga yang membasi.


Sampai bila?

Sebelum mereka kejab utuh tak tergugat berdiri berkata,
tangan menggenggam berkumam mulut menyata...

"Abang sampai di sini sahaja meratah derita, abang longlai bukan sang pejuang saksama, abang bertarung dalam mimpi tergugah keseorangan menggila..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

from : yyyyy yyyy
to : xxxxx xxxx
date : Sun,Feb 21, 2005 at 4:30 AM
subject : Re: harus...
mailed-by : gmail.com


Oh seorang isteri, suamimu hamba, menghamba, diperhamba, kepada Allah, untuk Allah, oleh Allah. Aku mohon maaf aku lemah, maka aku mohon kudrat hati cekalmu, ubati pilunya derita jiwaku...

Oh seorang isteri, aku ikhlaskan seluruhnya berjuang, andai berbaki akalku aku bertingkah, andai berbaki wangku aku menyara, andai berbaki kudratku aku menggugah, andai longlai segalanya aku berserah... Saat itu engkaulah titis nyawa, pengubat hati suamimu ini yang tiada bermaya.

Oh seorang isteri,

Andai saat itu hatimu kejab utuh tak tergugat, tegapmu berdiri berkata, sedang tanganmu menggenggam dan berkumam mulutmu menyata...

Maka nyatakanlah, kau sudi menemaniku...

Oh Allah... rayuku Allah... rayuku... dengarkanlah.

Sunday, January 3, 2010

Doa & sokongan untuk saudari Nabila Huda

"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada saudari Nabila Huda dalam menghadapi ujian ini. Bantulah beliau dan permudahkanlah urusannya. Kami mohon padaMu ya Allah, semoga beliau cepat sembuh... Ameen"

Kepada semua ahli IGK yang dihormati sekelian.

Merujuk kepada post 18 Nov 09 tentang Penyakit Leukemia saudari Nabila Huda, maka IGK di sini ingin memaklumkan bahawa pada 14 Januari ini beliau akan menjalani pembedahan transplant.

Sebagai menunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang kita kepada sahabat ini, maka IGK menyeru kepada saudara-saudari sekelian untuk menyampaikan ucapan kepada Nabila Huda.

Dibawah kelolaan saudari Didil~ ucapan2 tersebut akan dikumpul dan kemudiannya akan diprintkan dalam bentuk kad ucapan. Kad ini kemudiannya akan diserahkan kepada saudari Nabila Huda sendiri.

Buat masa sekarang doktor tidak menggalakkan lawatan yg kerap kerana khuatir akan risiko jangkitan.

Sila hantarkan ucapan anda kepada kami: dyl.hashim@gmail.com, suicidebomba@gmail.com selewat2nya pada 8 Januari ini. Sebarang penambahan ucapan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Segala kerjasama dan sokongan anda di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.