Monday, January 31, 2011

Saudara Muslim Kita, Geng Kita

Salam semua geng :)

Yang pertamanya, seperti biasa admin menyusun 10 jari memohon kemaafan dari geng semua atas kekhilafan admin dalam meng-update blog & facebook. Sesungguhnya ini adalah amanah buat kami demi mengekalkan & memantapkan ukhuwah sesama kita. Bagaimanapun, atas kekangan faktor-faktor tertentu, kami masih belum mampu memberi komitmen 100% dalam memikul amanah ini. Sokongan dari kalian didahului dengan ucapan terima kasih. :)

Okay, straight to the point. Sejak kebelakangan ini, pelbagai musibah melanda saudara-saudara muslim kita, khususnya geng-geng kita yang terlibat. Tak kira sama ada krisis di Mesir, Tunisia, banjir-banjir yang melanda sekitar Malaysia (sekadar menyebut beberapa insiden), semuanya boleh dikira sebagai ujian dan peringatan dari Allah buat hamba-hambaNya. Walaupun sebagai manusia biasa kita tidak mempunyai kuasa atau harta yang banyak, tapi sebagai seorang mukmin, kita mempunyai senjata terhebat iaitu doa.

Antara references / updates untuk krisis di Mesir (sekadar berkongsi beberapa website yang admin tahu):








Sekian entry ringkas dari IGK. Mari kita sama-sama terus mendoakan kesejahteraan & keselamatan geng-geng kita walau di mana mereka berada. Update dari kalian dari semasa ke semasa adalah amat diharapkan. Syukran.

Salam 'Alaykum.



Monday, January 24, 2011

janji Tuhan pasti berlaku- shoutul amal



Janji Tuhan Pasti Berlaku Lyrics

 
 
Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara

Wednesday, January 12, 2011

Cari Jodoh.

Selamat pengantin baru IGK ucapkan kepada geng yang telah melansungkan perkahwinan baru-baru ini. Isu kahwin memang hangat diperkatakan di mana-mana sahaja. Inshallah, semua dari kita akan dipertemukan jodoh yang terbaik.

Bercakap soal mencari pasangan, apakah kayu ukur yang kita letakkan dalam memilih pasangan hidup? Al-maklumlah, semakin hari umur kita pun semakin meningkat, bukannya semakin muda. Jadi, tidak boleh tidak perlu buat persediaan dari sekarang, dan perlu fikirkan apakah perancangan masa depan kita.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya”
Ya, pilihlah yang beragama. Tapi itu bukanlah bermaksud kita perlu memilih ustaz atau ustazah sebagai pasangan hidup. Mungkin juga dia seorang jurutera, doktor, peguam, akauntan dan lain-lain, tapi dia memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar, iaitu Islam yang difahami oleh para sahabat dan salafussoleh.

Mizan kita adalah taqwa.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:
"dan bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (189) 
Kita sendiri apabila memasuki sebuah rumah, kita akan ketuk pintu, beri salam dan masuk dari pintu hadapan. Melainkan kita adalah seorang perompak, maka kita akan masuk selain dari melalui pintu hadapan. Begitu juga asas kita dalam memilih pasangan hidup. Sekiranya hendak tahu seseorang itu bertaqwa, maka dia akan memilih cara yang berlandaskan syariat Islam. Jika berkenan kepada seseorang, maka maklumkanlah kepada si dia melalui cara yang betul, sama ada memberitahu kepadanya terus dengan cara sindiran, atau berjumpa kedua ibu bapanya, atau minta tolong kepada wakil yang boleh dipercayai.

Ada orang kata, jodoh dah ditentukan maka tak perlulah dicari. Perhitungan ini silap. Allah mengajar kita untuk mencari dan berusaha, tapi bukanlah semberono, carilah apabila sudah betul-betul bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Sudah bersedia dari sudut rohani dan jasmani, dari sudut kewangan dan sebagainya, maka carilah berlandaskan apa yang Islam ajarkan.

Belajarlah dari umat terdahulu.
Bagaimana mahu praktik berlandaskan syariat? Bagaimana mahu faham Al-Quran dan As-sunnah sepertimana yang difahami oleh para sahabat dan salafussoleh? Maka, sebab itulah kita perlu tahu sirah. Sirah Baginda S.A.W, sirah para sahabat dan salafussoleh. Ibaratnya seperti jika ada orang minta kita masak Nasi Ayam tanpa kita tahu cara-caranya, cuma diberi bahan sahaja, mampukah kita untuk menyiapkan nasi ayam tersebut? Yakinkah kita begitulah rasa nasi ayam tanpa kita pernah melihatpun bagaimana rupa nasi ayam dan apa rasanya. Tidak boleh tidak kita perlu belajar, sama ada menonton rancangan masakan, atau belajar dengan seseorang. Begitulah, bahan-bahan masak ibarat Al-Quran dan As-sunnah, dan orang yang mengajar bagaimana mempraktikkannya dengan cara yang paling betul sudah tentulah Rasulullah S.A.W dan para sahabat serta tabi'en.

Dalam sejarah Islam, pernah berlaku seorang perempuan meminang lelaki. Tidak salah. Siapa yang tidak kenal Saidatina Khadijah binti Khuwailid, beliau telah menyatakan hasratnya kepada sahabat beliau Nafisah. Lalu Khadijah diwakili oleh bapa saudaranya, Amr bin Asad untuk meminang Muhammad yang diwakili oleh Hamzah dan Abu Talib. Pada mulanya, Nafisah tidak menyebut nama Khadijah, hanya menceritakan sifat-sifat beliau. Apabila Muhammad menunjukkan tanda berminat, barulah Nafisah nyatakan Khadijah lah yang meminang Muhammad S.A.W.

Kita lihat bagaimana Saidina Ali datang kepada Rasulullah dengan rasa rendah diri untuk meminang puteri baginda, Saidatina Fatimah. “Wahai Rasulullah, aku ingin meminang Fatimah menjadi isteriku” Lalu Rasulullah menjawab,"Sebelum ini ada beberapa lelaki telah meminang puteriku tetapi Fatimah menolaknya. Tunggu jawapan Fatimah. Akan ku sampaikan pinanganmu ini kepadanya."

Kepada Fatimah, Rasulullah SAW berkata, "Fatimah, engkau tahu hubungan Ali bin Abi Thalib dengan keluarga kita. Juga pengabdian dan kesetiaannya kepada Islam. Aku memohon kepada Allah, agar Dia menikahkanmu dengan pemuda terbaik dari segenap makhluk-Nya, dan yang paling dikasihi-Nya. Ali ingin menikahimu. Bagaimana pendapatmu?”
Fatimah diam, tidak menolak seperti sebelum-sebelumnya. Melihat reaksi tersebut, Rasulullah SAW spontan bertakbir: “Allaahu Akbar! Diamnya adalah persetujuan”. Bagi gadis berakhlak mulia seperti Fatimah, diam adalah makna yang bernilai.

Banyak lagi contoh yang lain yang boleh kita lihat. kajilah sejarah dan sirah, dan  ikutlah jalan yang diredhai Allah yang telah Islam ajarkan. Jalan yang jarang sekali umat kita sekarang ambil, 'The road less traveled' atau yang Rasulullah S.A.W sebutkan sebagai ghuraba'. "Maka beruntunglah ghuraba' (orang-orang yang ganjil)-Mafhum hadith. Semoga kita semua dikurniakan jodoh yang soleh, yang dapat menjadi pembimbing dan peneman hidup kita di sepanjang perjalanan hidup yang sementara ini. Wallahu a'lam.