Assalamualaikum.
Apa kaitan huruf Ro' (الراء ) dengan Ramses فرعون
Kebanyakan orang ketika membaca Al-quran mereka akan menebalkan(tafkhim) huruf Ro' mati yang terdapat pada kalimah فرعون sepertimana kita menebalkan ro' pada kalimah أكبر
Sedar tak??
Sepatutnya huruf ro' itu dinipiskan (tarqiq).
Jom kita tengok hukum Ro' tarqiq dan tafkhim.
Bila masa nak tarqiq(nipiskan) dan tafkhim(tebal).
Senang saja.
1. Hukum ro' berbaris.
- Tafkhim: Apabila ro' berbaris atas (fathah) dan depan (dommah).
- Tarqiq: Apabila ro' berbaris bawah (kasrah)
2. Hukum ro' mati (sukun)
(maka dia akan dibaca mengikut hukum baris huruf sebelum ro mati)
- Tafkhim: Apabila ro' mati, huruf sebelumnya berbaris fathah atau dommah.
- Tarqiq: Apabila huruf sebelumnya berbaris kasrah.
3. Hukum ro' berbaris yang disukunkan kerana waqaf (sukun a'ridh)
e.g فَقَالَ إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا سِحۡرٌ۬ يُؤۡثَرُ (٢٤) إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ (٢٥) سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ (٢٦) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا سَقَرُ (٢٧)
-Surah Al-mudatsir
Maka kte baca ro tu ikut hukum baris sebelumnya. (Seperti penerangan no.2)
Adapun jika kita hendak menyambung bacaan tersebut, maka ro' akan mengambil hukum barisnya sendiri (seperti dalam penerangan no.1)
Jadi apa kaitan ro' dan Firaun??
Sebab orang selalu salah baca perkataan Firaun.
Sudahlah Firaun semasa hidupnya dilaknat.
Dah mati pon namanya diazab sebab ramai orang salah baca.
Maklumat di atas hanya teori sahaja.
Bacaan Quran perlu kepada amali.
Jadi carilah guru yang boleh mengajar Quran.
Dan dengar bacaan Sheikh Mahmoud Khalil Husary atau Syeikh Siddiq Minsyawi.
Al-Quran kalamullah.
Bacalah dengan amanah. (Makhraj dan tajwid betul)