Izzudin dan Syahruldeen dituduh dgn pertuduhan 427 (kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25), 436 (kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda), 447 (menceroboh) dibawah Kanun Keseksaan dan masing-masing membawa hukuman 2 tahun penjara, 20 tahun penjara, dan 6 bulan penjara jika sabit kesalahan.
Selain itu mereka turut dituduh dibawah akta JPJ, menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran yang sukar dilihat dan membawa hukuman denda RM3000. Perbicarakan mereka dijadualkan akan diadakan pada 7 Disember. Penahanan Izzudin dan Syahruldeen pada 25 Jun, Shazmi Munir pada 17 Julai, dan Muhammad Aizat pada 13 Ogos ini menimbulkan pelbagai spekulasi.
Turut ditahan dalam insiden berlainan ialah 7 mahasiswa termasuk 2 wanita dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) serta Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) berikutan perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada kedutaan Thailand bagi membantah keganasan terhadap rakyat Islam Thailand di selatan negara itu.
Selain KAMI dan Dema, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan hadir di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Jalan Raja Laut bagi membuat aduan berhubung isu anggota polis berpakaian biasa, tanpa menunjukkan kad kuasanya dan juga waran tangkap, menayangkan senjata apinya yang terselit di pinggang sewaktu menahan suspek.
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, yang ditahan reman selama tiga hari sejak 17 Julai lalu, juga diminta mengulas gagasan "1Malaysia" yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Shazmi Munir menyatakan beliau ditanya dengan pelbagai soalan yang tidak munasabah sewaktu disoal siasat.
"Saya difahamkan penahanan saya untuk membantu siasatan berhubung contengan anti-Rosmah. Tetapi soalan yang ditanya tidak menjurus kepada isu contengan, sebaliknya berhubung persepsi dan pandangan saya tentang isu semasa. Ia satu tindakan yang tidak wajar, menyebabkan saya berasa teragak-agak untuk memberi kerjasama dengan pihak polis," katanya Pelajar yang berasal dari Segamat itu juga mendakwa sewaktu disoal siasat. Beliau turut diberi amaran supaya menghentikan kegiatan aktivisme mahasiswa. "Jika tidak berhenti dalam aktivisme, ada cadangan untuk meng-ISA-kan saya," katanya.
IGK dapat tahu perkara ini setelah membaca salah satu pos dlm discussion group Friendster Kisas 04-05 oleh saudara Izzudin Akmal a.k.a iesutin mengenai penahanan pelajar tersebut yang dikhuatiri salah seorangnya ialah Muhammad Aizat Roslan a.k.a Nuay, salah seorang pelajar KISAS SPM 05. Din turut menyatakan dia mendapat tahu dari saudari Huda mengenai perkara tersebut. Perkara ini turut disahkan oleh saudara Yazid.
Bagi sesiapa yang mengenali Nuay, adalah sesuatu yang agak tidak munasabah untuk dia dikaitkan dengan pertuduhan sedemikian kerana dia dikenali sebagai seorang yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah, lainlah seperti penulis yang selalu fly, panjat pagar dan ponteng kelas semasa di KISAS.
IGK mengharapkan agar Nuay dibebaskan dari pertuduhan tersebut dengan secepat mungkin dan dapat meneruskan pengajiannya di API. Marilah kita semua berdoa agar beliau dibebaskan dengan segera.
Berikut adalah laporan akhbar mengenai perkara ini setelah perbicaraan pada 7 Disember lalu:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/8/courts/5255546&sec=courts,
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/8/courts/5255546&sec=courts,
4 pendapat geng:
apa kata interview aizat lak? kite leh tawu apa yg sebenarnya berlaku dr mulut dier sendiri..
saya sokong...
em, sedang cuba establish communication. mungkin peguam dia tak mahu dia bagi kenyataan secara terbuka, kalau boleh, nanti kami postkan
salam, latest uodates. aizat srkg sihat walafiat, sedang meneruskan pengajian kerana Naib Canselor kata dia belum terbukti bersalah. Perbicaraan semula akan diadakan pada bulan 6 ni.
Buat masa skrg, dia perlu melapor diri secara berjadual. Doakan agar saudara Aizat akan dibebaskan dari pertuduhan insyaallah.
Post a Comment